Khamis, 12 Februari 2015

AL - fatihah..

 
Perginya tiada kembali...pergi ke negeri yang abadi.


12/02/2015 (9:40pm)

Pergi menemui Sang Pencipta...

Salam Semua,
Salam Hatiku,


Kehilangan yang sangat dirasai....
Selepas mendapat berita TGNA ( Tuan Guru Nik Aziz) meninggal dunia jam 9.40 mlm 12/02/2015 bersamaan malam jumaat terasa sayu je rasa hati. Rasa sedih dan nak menangis je rasanya walaupun CB bukanlah seorang yang mudah menangis. Bagi CB almarhum merupakan seorang tokoh agama dan tokoh politik yang sangat dikagumi. Ramai yang bersedih diatas pemergian TGNA ini kerana TGNA merupakan seorang yang memimpin melalui tauladan dan seorang pejuang rakyat serta kehidupan beliau yang amat sederhana.
 Upacara pengebumian almarhum dihadiri oleh ratusan ribu manusia yang ingin memberi penghormatan terkahir buat almarhum dan awan kelihatan mendung berarak bersama - sama mengiringi jenazah TGNA. (ini melalui kata2 teman CB disana)
 Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan hamba yang soleh. Kembali pada malam jumaat yang diberkati... CB memohon agar Allah yang Maha Agung Tuhan Arsy yang mulia agar mengampuni semua dosa dan memasukkan almarhum ke dalam syurga...Al - FATIHAH...
 
Salam and hi guys....lama betul CB tak jenguk kat sini kan! Tak ada idea nak sambung cerpen Cik Kawasaki Ninja tu dan lately ni CB sibuk baca blog kengkawan yang rajin update cerita baru. CB juga sekarang ni dalam mood membaca novel dan novel yang paling dinantikan buat masa ni adalah novel HERO ( The Unsung Hero) dari penulis novel kesayangan CB iaitu Kak Melur Jelita (Kak MJ). Tak sabar rasanya nak peluk novel tu.....Duk hari - hari tunggu abg poslaju tapi tetap tak sampai juga novel tu.....Ok guysssssss...nanti kita sambung lagi ye...CB nak intai blog kembar CB kejap....daaaaaaaa
Tunjukkan sedikit
Salam Semua,
Salam Hatiku,
Dah sebulan rupanya kita didalam tahun 2015. Sekejap je rasanya masa berlalu kan? Permulaan tahun baru yang tidak ceria buat CB dan family, hospital adalah rumah kedua buat CB. Orang tersayang CB tidak sihat dan ini adalah ujian dan dugaan yang diberikan oleh Allah buat CB. "Tuhan takkan menguji kita jika kita tak mampu menghadapinya. dan Tuhan menguji kita kerana Dia sayangkan kita sebab Dia tidak mahu kita leka dan lalai dengan suruhanNya" ini adalah kata - kata seorang teman yang CB akan ingat sampai bila- bila.
Semua orang melihat CB ceria macam tiada masalah langsung tapi ketahuilah itulah cabaran buat CB depan anak - anak dan teman-teman lain. Insan kesayangan CB menghidapi penyakit buah pinggang tahap critical. Kedua-dua buah pinggangnya tidak berfungsi dan juga dia semakin lemah sekarang. Sebab tu CB tidak boleh keluar agak lama dan tidak boleh tinggalkan rumah walau sehari. Depan anak-anak CB kena berpura - pura kuat sebab tidak mahu pelajaran dan emosi mereka terganggu. Buat teman-teman yang selalu CB tolak ajakkan mereka CB mohon maaf.
CB sangat suka lihat fb seorang penulis ni...bagi CB dia sorang yang hebat dan bertuah. Banyak yang CB pelajari darinya. Banyak kata-kata semangat yang CB ambil darinya. CB juga bercita-cita ingin jadi sepertinya satu hari nanti jika diizinkan Allah. Cukup anda kenal dia sebagai Kak Su, Thanks Kak Su......
P/S - Eche..eche..eche...mood sedihlah pulak kan!!! hahahaha apalah CB ni kan...  Haaa lihat picture ni..CB suka tengok bulan dan bintang dimalam hari...tu adalah tabiat CB dan pastinya bila berduka CB suka melihat bulan dan bintang, tenang je rasanya tp selalu kena marah dengan insan-insan tersayang sampai dikatakan gila...hhehehehe guys mlm ni jom kita skodeng bulan dan bintang?
Tunjukkan sedikit
1

Selasa, 27 Mei 2014


Bab 3

 Jam menunjukkan angka 5.30pagi  aku terus bangun mandi dan bersiap untuk menunaikan solat subuh. Usai solat aku terus menyemak semula report yang telah aku siapkan malam tadi untuk memastikan segalanya perfect dan tiada yang tertinggal dan terus aku masukkan kedalam beg yang akan ku bawa nanti. Kalau tertinggal report ni alamatnya matilah aku takkan nak patah balik semula ke Nilai. Aku perlu bertolak jam 7.00 pagi bagi memastikan aku sampai di Johor Bahru sebelum jam 9.00 pagi. Mana Nad ni senyap je..dah bangun ke belum? Biasanya waktu macam ni Nad dah duduk dimeja makan ni masih tak nampak muka.”Nad kau dah bangun ke belum? Aku dah nak gerak ni.” Ujarku. Nad buka pintu biliknya dengan wajah berkerut, “aku tengah cari document aku, malam tadi  sambil tengok tv aku buat report tu dan masa nak masuk tidur aku rasa bawa masuk bilik sekali report tu”. Nad selalu macam ni tempat lain dia letak lepas tu kat tempat lain dia cari. Aku pun turut serta mencari document yang dimaksudkan dan akhirnya aku nampak sebuah fail di atas peti sejuk. “What is this? Tu lah lain tempat kau letak lepas tu kau cari kat tempat lain mana nak jumpa cik Nad oiiiiii”. Nad ni kadang – kadang cermekap juga orangnya nak – nak lagi jika dia dah lambat. Nad tersengih memandang muka ku. Nad..Nad macam- macam peel dia ni tapi dialah sahabatku yang sudah ku anggap seperti adik beradik ku. Memandangkan aku tidak punyai adik beradik perempuan  aku anggap Nad sebagai kakaklah tak kan aku pula nak jadi kakak…eeeee…tak nak aku jadi kakak pada Nad ni…Aku tersenyum sendirian bila memikirkannya.

“Nad…aku gerak dululah nanti lambat pula aku sampai Johor tu. Malam nanti jangan lupa kunci semua pintu terutama sekali main gate dan grill tu. Kau tu selalu lupa nanti ada pula kawan yang lain masuk rumah.” Bebel aku kepada Nad.

“Ye lah..yelah aku tahulah. Kau ni kadang kadang dah macam nenek kebayan aku tengok asyik nak membebel je. Berapa kilo kau makan tongkeng ayam?”  Amboi bukan main sedap lagi dia mengata aku. Terus aaku buat muka masam pada Nad biar dia tahu yang aku tengah marah dengan dia. Bukan marah betul – betul pun sekadar marah – marah sayang.

“Qas …janganlah buat muka macam tu. Aku gurau jelah. Ni yang buat aku susah hati ni dah lah kau nak ride jauh buat pula muka macam tu dengan aku” Nad dah rasa serba salah apa lagi terus terhambur  ketawa ku. “Tau pun takut. Aku pun bergurau juga lah”

                Perjalanan yang sepatutnya memakan masa 2 jam setengah hanya mengambil masa 1 jam lebih sahaja dan itulah kelebihan membawa ‘darling’ aku ni, lagi 20 minit sebelum jam 9 pagi aku dah terpacak di depan office di Johor.

“Morning Sir, how are you?” ucapku kepada Mr. Tham. Terkejut  Mr. Tam bila mendengar suara ku. “Hai…morning Qas come in….come in. Whoaaa very fast you arrived here. You drive or ride as usual?”

“Ermmm ride as usual sir. If I drive of course I’m not here now.” Aku sengeh memandang muka Mr. Tham dan pasti lepas ni dia memberi takzirah pasal aku bawa motor laju.

“Haiiiiya banyak bahaya tau bawa motorbike laju-laju. You really like Ninja but please care about people that love you ok!” dah diagak pasti ayat yang sama akan diulang oleh bos aku ni. Tapi sebab sifat mengambil berat itulah yang buatkan aku selesa bekerja dengannya.  Lepas berehat sekejap Mr. Tham mengajak aku masuk ke bilik meeting kerana hari ni semua board manager ada sekali. Pasti akan mengambil masa yang lama.

Khamis, 22 Mei 2014


Bab 2

“Abang Zul, mcm mana boleh jadi macam ni! Aduiiii mati la saya nak menjawab nanti dengan bos” Aku dah mula rasa nak naik angin dengan supervisor ni….”Abang pun tak perasan yang budak dapur tu masuk salah raw material, nanti abang check boleh guna untuk customer lain tak?”

“Memanglah boleh guna untuk customer lain tapi masalahnya barang tu nak keluar petang ni juga! Masukkan material yang sepatutnya sekarang dan habis je holding  furnace 2 terus jalan wire untuk customer Mega tu. Saya nak petang ni juga sebelum 4 petang wire tu siap.” Arggghhh boleh cepat tua kalau selalu mcm ni. Abang Zul keluar dengan muka kelatnya lepas kena sembur dengan aku tadi.

“Man kau dah tukar ingot ke belum? Tu cik bos a.k.a singa ninja dah mengamuk kat dalam tu” Tanya abang Zul pada budak melting furnace. “ Dah bang, lepas saya perasaan terus saya tukar. Tak banyak pun  yg masuk tadi…rasa-rasanya sekarang dah ok kot”.

“Tu lah kau, lain kali jangan main hentam je yang kena marah dengan cik ninja tu aku juga. Kau tahulah dia tu kalau pasal kerja memang street habis” bebel  Zul pada Man.

Masa terus berjalan dan sedar – sedar dah jam 3 petang, perut dah mula terasa pedih minta diisi…Ye lah pagi tadi tak sempat sarapan. Pagi – pagi lagi dah terima call dari kilang mengatakan wire salah spec. Erm..pergi kantin dulu lah tengok apa yang ada untuk makan. Harap – harap masih ada nasi lagi…dah lapar tahap gaban dah ni. Esok kena pergi JB pulak …aduiiii matilah esok mesti ada meeting dengan bos besar dan pasti ambil masa berjam – jam.

Habis makan terus masuk dalam production line…nak tengok budak-budak ni ada buat kerja tak? Kalau ada sesiapa  yang merokok dalam production line memang nak kenalah dengan aku ni. Nak merokok boleh tapi dikawasan merokok bukan dalam production line.

“Man, wire untuk customer Mega tu dah siap ke? Bawa sample saya nak tengok”  sambil tu mata aku memerhati sekeliling.Ermm…bagus mereka ni bila nampak aku semua jadi budak baik buat kerja.

“Dah siap bos semua ikut spec yang betul nah ni sample nya. Pasal pagi tadi tu saya minta maaf bos”sian pulak aku tengok budak Man ni. “Ermm, lain kali jangan cuai lagi”. Aku terus berjalan masuk ke office aku. “Suzi inform semua supervisor masuk meeting pukul 4.30 petang ni, semua supervisor mesti ada masa meeting nanti”, ujar ku pada Suzi.

Habis je meeting dah pukul 6.45 petang tapi aku masih tak boleh pulang kerana kena siapkan report yang akan ku hantar esok pada bos besar di Johor Bahru.  Jam 9.30 malam barulah aku balik ke rumah, nasib baik jarak rumah dengan tempat kerja ku dekat kalau tidak jenuh aku nak duduk berjam – jam atas ‘darling’ aku tu.

“Hai cik ninja hijau lambat balik hari ni, jadi ke kau nak ke Johor esok ?” Nad bertanya sambil menonton cerita korea  di TV. “Jadi! Aku masuk bilik dulu lah. Penat sangat hari ni” Kata ku dengan langkah yg lemah ke bilik. Heaven  jika dapat tidur sekarang. Tapi aku kena siapkan report dulu. Uwaaaaaa penatnya jika hari-hari macam ni. Tu lah dah minat dalam bidang ni nak buat macam mana…redah je lah.

“Yes siap jugak report ni, yihaaaaaaa boleh tidur sekarang….lalalalala” aku menjerit kegirangan.

Sabtu, 26 April 2014

Cik Kawasaki Ninja



BAB 1

 

Verily after each difficulty, there’s a relief…. Itulah apa yang aku rasa sekarang.  Penglihatan ku masih lagi terarah ke luar menghadap laut. Tenang sungguh rasanya dan kenang lama mula terimbau kembali.  “ Mak esok angah ada exam agama dengan math lah” kataku dan mengalih pandanganku ke arah emak sambil mengelip –ngelip mata yg konon – kononnya comel lah. “Dah tu baca jelah buku tu yang mata terkelip – kelip kenapa? “ Emak buat – buat tak faham pula.” Makkkkk…” aku dah mula rasa nak merajuk je dengan mak ni. “Meh sini dan bawa buku agama tu sekali, dia yang nak periksa mak pulak yang kena bacakan untuk dia.” Apa lagi senyum lebar lah dan mak memang memahami aku yang tak berapa berminat nak belajar subjek agama ni.

Itulah yang terjadi setiap kali exam mak lah yang menjadi tukang baca kuat kuat dan alhamdulillah setiap kali exam agama aku mesti dapat A. Bila keputusan SPM keluar aku mendapat keputusan yang baik dan dapat melanjutkan pelajan ke university tempatan, tapi hasrat untuk menyambung pelajan di university terpaksa aku lupakan kerana emak tidak mampu untuk mengantar aku belajar kesana. Sedih memang sedih tapi aku tak sanggup nak menambah beban mak. “mak…angah rasa angah nak kerjalah, angah tak nak bebankan mak lagi biarlah angah bantu mak pula kali ni” kata ku dalam keadaan takut kerana aku yakin mak pasti akan marah. “Apa yang angah merepek ni! Dah tak nak belajar lagi ke? Nak hidup susah selama-lamanya!” tengking mak kepadaku.

“Mak dengar dulu penjelasan angah ni, adik-adik pun perlu belajar juga mak mana larat sangat nak buat kerja berat. Biarlah angah kerja dulu nanti – nanti angah sambunglah belajar”. Lama mak berdiam diri dan akhirnya mak setuju juga.

Kini dah 6 tahun aku bekerja dan baru 2 tahun menjadi pelajar di UPM. Buat pendidikan jarak jauh (pjj) memang penat… ye lah bekerja dan dalam masa yang belajar untuk memenuhi impianku untuk memperolehi degree. Dari kerani biasa kini menjadi production asst. manager dan dapat menghulurkan belanja buat mak setiap bulan.

“Hoii! Berangan ke? Apa kes ni beb?” sergah Nadia a.k.a Nad housemate ku merangkap sahabat baikku. “Hushhh..kau ni nak gugur jantung aku ni dengar suara kau tu. Mana ada berangan cuma teringat kisah dolu- dolu je..” Aku bangun dan mengambil tuala untuk mandi pula.

“Qas after breakfast kita cuci mata kat tepi pantai nak” Aku menaikkan kedua-dua belah kening ku kearah Nad. “Bukan apa aku ingat sebelum kita balik Nilai nak ushar-usha la kat sini dulu, mana tau tetiba nanti terjumpa my mr.  right!” senyum Nad dgn panjang lebarnya.

Selepas berjalan-jalan di tepi pantai Port Dickson kami terus bertolak balik Nilai memandangkan esok kami berkerja. Jangan ingat kami balik naik kereta ye…kami adalah peminat tegar motor kuasa tinggi. Kawasaki Ninja 650R Hijau dan merah kami meluncur dengan laju dilebuh raya dan dalam masa 30 minit kami sampai di Nilai.