Khamis, 22 Mei 2014


Bab 2

“Abang Zul, mcm mana boleh jadi macam ni! Aduiiii mati la saya nak menjawab nanti dengan bos” Aku dah mula rasa nak naik angin dengan supervisor ni….”Abang pun tak perasan yang budak dapur tu masuk salah raw material, nanti abang check boleh guna untuk customer lain tak?”

“Memanglah boleh guna untuk customer lain tapi masalahnya barang tu nak keluar petang ni juga! Masukkan material yang sepatutnya sekarang dan habis je holding  furnace 2 terus jalan wire untuk customer Mega tu. Saya nak petang ni juga sebelum 4 petang wire tu siap.” Arggghhh boleh cepat tua kalau selalu mcm ni. Abang Zul keluar dengan muka kelatnya lepas kena sembur dengan aku tadi.

“Man kau dah tukar ingot ke belum? Tu cik bos a.k.a singa ninja dah mengamuk kat dalam tu” Tanya abang Zul pada budak melting furnace. “ Dah bang, lepas saya perasaan terus saya tukar. Tak banyak pun  yg masuk tadi…rasa-rasanya sekarang dah ok kot”.

“Tu lah kau, lain kali jangan main hentam je yang kena marah dengan cik ninja tu aku juga. Kau tahulah dia tu kalau pasal kerja memang street habis” bebel  Zul pada Man.

Masa terus berjalan dan sedar – sedar dah jam 3 petang, perut dah mula terasa pedih minta diisi…Ye lah pagi tadi tak sempat sarapan. Pagi – pagi lagi dah terima call dari kilang mengatakan wire salah spec. Erm..pergi kantin dulu lah tengok apa yang ada untuk makan. Harap – harap masih ada nasi lagi…dah lapar tahap gaban dah ni. Esok kena pergi JB pulak …aduiiii matilah esok mesti ada meeting dengan bos besar dan pasti ambil masa berjam – jam.

Habis makan terus masuk dalam production line…nak tengok budak-budak ni ada buat kerja tak? Kalau ada sesiapa  yang merokok dalam production line memang nak kenalah dengan aku ni. Nak merokok boleh tapi dikawasan merokok bukan dalam production line.

“Man, wire untuk customer Mega tu dah siap ke? Bawa sample saya nak tengok”  sambil tu mata aku memerhati sekeliling.Ermm…bagus mereka ni bila nampak aku semua jadi budak baik buat kerja.

“Dah siap bos semua ikut spec yang betul nah ni sample nya. Pasal pagi tadi tu saya minta maaf bos”sian pulak aku tengok budak Man ni. “Ermm, lain kali jangan cuai lagi”. Aku terus berjalan masuk ke office aku. “Suzi inform semua supervisor masuk meeting pukul 4.30 petang ni, semua supervisor mesti ada masa meeting nanti”, ujar ku pada Suzi.

Habis je meeting dah pukul 6.45 petang tapi aku masih tak boleh pulang kerana kena siapkan report yang akan ku hantar esok pada bos besar di Johor Bahru.  Jam 9.30 malam barulah aku balik ke rumah, nasib baik jarak rumah dengan tempat kerja ku dekat kalau tidak jenuh aku nak duduk berjam – jam atas ‘darling’ aku tu.

“Hai cik ninja hijau lambat balik hari ni, jadi ke kau nak ke Johor esok ?” Nad bertanya sambil menonton cerita korea  di TV. “Jadi! Aku masuk bilik dulu lah. Penat sangat hari ni” Kata ku dengan langkah yg lemah ke bilik. Heaven  jika dapat tidur sekarang. Tapi aku kena siapkan report dulu. Uwaaaaaa penatnya jika hari-hari macam ni. Tu lah dah minat dalam bidang ni nak buat macam mana…redah je lah.

“Yes siap jugak report ni, yihaaaaaaa boleh tidur sekarang….lalalalala” aku menjerit kegirangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan