BAB 1
Verily after each
difficulty, there’s a relief…. Itulah apa yang aku rasa sekarang. Penglihatan ku masih lagi terarah ke luar
menghadap laut. Tenang sungguh rasanya dan kenang lama mula terimbau
kembali. “ Mak esok angah ada exam agama dengan math lah” kataku dan
mengalih pandanganku ke arah emak sambil mengelip –ngelip mata yg konon – kononnya
comel lah. “Dah tu baca jelah buku tu yang mata terkelip – kelip kenapa? “ Emak
buat – buat tak faham pula.” Makkkkk…” aku dah mula rasa nak merajuk je dengan
mak ni. “Meh sini dan bawa buku agama tu sekali, dia yang nak periksa mak pulak
yang kena bacakan untuk dia.” Apa lagi senyum lebar lah dan mak memang memahami
aku yang tak berapa berminat nak belajar subjek agama ni.
Itulah yang terjadi setiap kali
exam mak lah yang menjadi tukang baca kuat kuat dan alhamdulillah setiap kali
exam agama aku mesti dapat A. Bila keputusan SPM keluar aku mendapat keputusan
yang baik dan dapat melanjutkan pelajan ke university tempatan, tapi hasrat
untuk menyambung pelajan di university terpaksa aku lupakan kerana emak tidak
mampu untuk mengantar aku belajar kesana. Sedih memang sedih tapi aku tak
sanggup nak menambah beban mak. “mak…angah rasa angah nak kerjalah, angah tak
nak bebankan mak lagi biarlah angah bantu mak pula kali ni” kata ku dalam
keadaan takut kerana aku yakin mak pasti akan marah. “Apa yang angah merepek
ni! Dah tak nak belajar lagi ke? Nak hidup susah selama-lamanya!” tengking mak
kepadaku.
“Mak dengar dulu penjelasan angah
ni, adik-adik pun perlu belajar juga mak mana larat sangat nak buat kerja
berat. Biarlah angah kerja dulu nanti – nanti angah sambunglah belajar”. Lama
mak berdiam diri dan akhirnya mak setuju juga.
Kini dah 6 tahun aku bekerja dan
baru 2 tahun menjadi pelajar di UPM. Buat pendidikan jarak jauh (pjj) memang
penat… ye lah bekerja dan dalam masa yang belajar untuk memenuhi impianku untuk
memperolehi degree. Dari kerani biasa
kini menjadi production asst. manager dan
dapat menghulurkan belanja buat mak setiap bulan.
“Hoii! Berangan ke? Apa kes ni
beb?” sergah Nadia a.k.a Nad housemate
ku merangkap sahabat baikku. “Hushhh..kau ni nak gugur jantung aku ni dengar
suara kau tu. Mana ada berangan cuma teringat kisah dolu- dolu je..” Aku bangun
dan mengambil tuala untuk mandi pula.
“Qas after breakfast kita cuci mata kat tepi pantai nak” Aku menaikkan
kedua-dua belah kening ku kearah Nad. “Bukan apa aku ingat sebelum kita balik
Nilai nak ushar-usha la kat sini dulu, mana tau tetiba nanti terjumpa my mr. right!” senyum Nad dgn panjang lebarnya.
Selepas berjalan-jalan di tepi
pantai Port Dickson kami terus bertolak balik Nilai memandangkan esok kami
berkerja. Jangan ingat kami balik naik kereta ye…kami adalah peminat tegar
motor kuasa tinggi. Kawasaki Ninja 650R Hijau dan merah kami meluncur dengan
laju dilebuh raya dan dalam masa 30 minit kami sampai di Nilai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan