Khamis, 12 Disember 2013

Kegilaan ku

Salam semua....lama rasanya CB (Cik Baba) tak update kat sini. Disebabkan kesibukkan yg melanda dan bermacam - macam ujian dan dugaan buat CB dan family sampai CB takde masa nak jenguk-jenguk kat sini. Tapi apa yg pasti kegilaan CB terhadap novel - novel mmg tak dapat nak disangkal, mana taknya tgh dalam delima pun CB sempat baca novel lagi. Dan setiap bulan CB pasti akan ke kedai buku ditempat tinggal CB dgn alasan kepada en. hubby nak beli barang sekolah anak - anak tapi pada hakikatnya adalah sebaliknya...ekekekeke...Sian anak-anak juga yg jadi mangsa.
Setiap bulan CB pasti akan beli dan kini ditambah lagi dgn kawan - kawan yg sama minat dgn CB. Ramai juga yg gila dgn novel-novel ni...antara nama yg CB ingat yg ada dlm facebook ialah Kak Lina Rosli (ni agent buku ye), Ziana Iris, Azra, Zurina Ismail, Nurul Ain.Wan Robeahtul Adawiyah, group2 pembaca Melur Jelita, dan group2 pembaca Idea kreatif. Saya juga selalu membaca di blog2 penulis novel itu sendiri. Kalau tiada novel ditangan memang rasa dah macam orang tak betul, ada je rasa yang tak kene pada diri ini. Sampai en. hubby pun dah bising mana nak letak novel2 yg banyak tu. Jika tak nak bagi en. hubby bising hehehehehe..pandai-pandailah pujuk....itu sudah semestinya. Bak kata Iris dalam novel Melur Jelita yang saya jadikan inspirasi dalam memujuk suami...ekekekeke ni semua kak MJ punya kerja. Buat semua penulis2 novel..teruskanlah karya anda dan hasilkanlah novel yg berkualiti dan dapat memikat hati pembaca saya pasti akan beli.
Perkenalkan yang ini Firman Ebrahim kekasih novel CB.ekekekekeke ....Masa ni sy tgh bayangkan yg girl dlm picture tu adalah sy sebagai Iris...hehehehehe...memang gila betulkan sy ni....sampai en. hubby risau dgn kegilaan sy masa baca novel2 kak melur jelita..... but my real Firman a.k.a abg pedas ia my hubby la.. Oklah sampai disini saja utk hari ni sebab kerja lain nak kene settle dulu... Cik Baba sayang kamu semua...
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan