Bab 3
Jam menunjukkan angka
5.30pagi aku terus bangun mandi dan
bersiap untuk menunaikan solat subuh. Usai solat aku terus menyemak semula
report yang telah aku siapkan malam tadi untuk memastikan segalanya perfect dan
tiada yang tertinggal dan terus aku masukkan kedalam beg yang akan ku bawa
nanti. Kalau tertinggal report ni alamatnya matilah aku takkan nak patah balik
semula ke Nilai. Aku perlu bertolak jam 7.00 pagi bagi memastikan aku sampai di
Johor Bahru sebelum jam 9.00 pagi. Mana Nad ni senyap je..dah bangun ke belum?
Biasanya waktu macam ni Nad dah duduk dimeja makan ni masih tak nampak
muka.”Nad kau dah bangun ke belum? Aku dah nak gerak ni.” Ujarku. Nad buka
pintu biliknya dengan wajah berkerut, “aku tengah cari document aku, malam
tadi sambil tengok tv aku buat report tu
dan masa nak masuk tidur aku rasa bawa masuk bilik sekali report tu”. Nad
selalu macam ni tempat lain dia letak lepas tu kat tempat lain dia cari. Aku
pun turut serta mencari document yang dimaksudkan dan akhirnya aku nampak
sebuah fail di atas peti sejuk. “What is this? Tu lah lain tempat kau letak
lepas tu kau cari kat tempat lain mana nak jumpa cik Nad oiiiiii”. Nad ni
kadang – kadang cermekap juga orangnya nak – nak lagi jika dia dah lambat. Nad
tersengih memandang muka ku. Nad..Nad macam- macam peel dia ni tapi dialah sahabatku yang sudah ku anggap seperti adik
beradik ku. Memandangkan aku tidak punyai adik beradik perempuan aku anggap Nad sebagai kakaklah tak kan aku
pula nak jadi kakak…eeeee…tak nak aku jadi kakak pada Nad ni…Aku tersenyum
sendirian bila memikirkannya.
“Nad…aku gerak dululah nanti lambat pula aku sampai Johor
tu. Malam nanti jangan lupa kunci semua pintu terutama sekali main gate
dan grill tu. Kau tu selalu lupa
nanti ada pula kawan yang lain masuk rumah.” Bebel aku kepada Nad.
“Ye lah..yelah aku tahulah. Kau ni kadang kadang dah macam
nenek kebayan aku tengok asyik nak membebel je. Berapa kilo kau makan tongkeng ayam?” Amboi bukan main sedap lagi dia mengata aku.
Terus aaku buat muka masam pada Nad biar dia tahu yang aku tengah marah dengan dia.
Bukan marah betul – betul pun sekadar marah – marah sayang.
“Qas …janganlah buat muka macam tu. Aku gurau jelah. Ni yang
buat aku susah hati ni dah lah kau nak ride
jauh buat pula muka macam tu dengan aku” Nad dah rasa serba salah apa lagi
terus terhambur ketawa ku. “Tau pun
takut. Aku pun bergurau juga lah”
Perjalanan
yang sepatutnya memakan masa 2 jam setengah hanya mengambil masa 1 jam lebih
sahaja dan itulah kelebihan membawa ‘darling’ aku ni, lagi 20 minit sebelum jam
9 pagi aku dah terpacak di depan office di Johor.
“Morning Sir, how are
you?” ucapku kepada Mr. Tham. Terkejut Mr. Tam bila mendengar suara ku. “Hai…morning
Qas come in….come in. Whoaaa very fast you arrived here. You drive or ride as
usual?”
“Ermmm ride as usual sir. If I drive of course I’m not here
now.” Aku sengeh memandang muka Mr. Tham dan pasti lepas ni dia memberi
takzirah pasal aku bawa motor laju.
“Haiiiiya banyak bahaya tau bawa motorbike laju-laju. You
really like Ninja but please care about people that love you ok!” dah diagak
pasti ayat yang sama akan diulang oleh bos aku ni. Tapi sebab sifat mengambil
berat itulah yang buatkan aku selesa bekerja dengannya. Lepas berehat sekejap Mr. Tham mengajak aku
masuk ke bilik meeting kerana hari ni semua board manager ada sekali. Pasti
akan mengambil masa yang lama.