Selasa, 27 Mei 2014


Bab 3

 Jam menunjukkan angka 5.30pagi  aku terus bangun mandi dan bersiap untuk menunaikan solat subuh. Usai solat aku terus menyemak semula report yang telah aku siapkan malam tadi untuk memastikan segalanya perfect dan tiada yang tertinggal dan terus aku masukkan kedalam beg yang akan ku bawa nanti. Kalau tertinggal report ni alamatnya matilah aku takkan nak patah balik semula ke Nilai. Aku perlu bertolak jam 7.00 pagi bagi memastikan aku sampai di Johor Bahru sebelum jam 9.00 pagi. Mana Nad ni senyap je..dah bangun ke belum? Biasanya waktu macam ni Nad dah duduk dimeja makan ni masih tak nampak muka.”Nad kau dah bangun ke belum? Aku dah nak gerak ni.” Ujarku. Nad buka pintu biliknya dengan wajah berkerut, “aku tengah cari document aku, malam tadi  sambil tengok tv aku buat report tu dan masa nak masuk tidur aku rasa bawa masuk bilik sekali report tu”. Nad selalu macam ni tempat lain dia letak lepas tu kat tempat lain dia cari. Aku pun turut serta mencari document yang dimaksudkan dan akhirnya aku nampak sebuah fail di atas peti sejuk. “What is this? Tu lah lain tempat kau letak lepas tu kau cari kat tempat lain mana nak jumpa cik Nad oiiiiii”. Nad ni kadang – kadang cermekap juga orangnya nak – nak lagi jika dia dah lambat. Nad tersengih memandang muka ku. Nad..Nad macam- macam peel dia ni tapi dialah sahabatku yang sudah ku anggap seperti adik beradik ku. Memandangkan aku tidak punyai adik beradik perempuan  aku anggap Nad sebagai kakaklah tak kan aku pula nak jadi kakak…eeeee…tak nak aku jadi kakak pada Nad ni…Aku tersenyum sendirian bila memikirkannya.

“Nad…aku gerak dululah nanti lambat pula aku sampai Johor tu. Malam nanti jangan lupa kunci semua pintu terutama sekali main gate dan grill tu. Kau tu selalu lupa nanti ada pula kawan yang lain masuk rumah.” Bebel aku kepada Nad.

“Ye lah..yelah aku tahulah. Kau ni kadang kadang dah macam nenek kebayan aku tengok asyik nak membebel je. Berapa kilo kau makan tongkeng ayam?”  Amboi bukan main sedap lagi dia mengata aku. Terus aaku buat muka masam pada Nad biar dia tahu yang aku tengah marah dengan dia. Bukan marah betul – betul pun sekadar marah – marah sayang.

“Qas …janganlah buat muka macam tu. Aku gurau jelah. Ni yang buat aku susah hati ni dah lah kau nak ride jauh buat pula muka macam tu dengan aku” Nad dah rasa serba salah apa lagi terus terhambur  ketawa ku. “Tau pun takut. Aku pun bergurau juga lah”

                Perjalanan yang sepatutnya memakan masa 2 jam setengah hanya mengambil masa 1 jam lebih sahaja dan itulah kelebihan membawa ‘darling’ aku ni, lagi 20 minit sebelum jam 9 pagi aku dah terpacak di depan office di Johor.

“Morning Sir, how are you?” ucapku kepada Mr. Tham. Terkejut  Mr. Tam bila mendengar suara ku. “Hai…morning Qas come in….come in. Whoaaa very fast you arrived here. You drive or ride as usual?”

“Ermmm ride as usual sir. If I drive of course I’m not here now.” Aku sengeh memandang muka Mr. Tham dan pasti lepas ni dia memberi takzirah pasal aku bawa motor laju.

“Haiiiiya banyak bahaya tau bawa motorbike laju-laju. You really like Ninja but please care about people that love you ok!” dah diagak pasti ayat yang sama akan diulang oleh bos aku ni. Tapi sebab sifat mengambil berat itulah yang buatkan aku selesa bekerja dengannya.  Lepas berehat sekejap Mr. Tham mengajak aku masuk ke bilik meeting kerana hari ni semua board manager ada sekali. Pasti akan mengambil masa yang lama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan