Khamis, 12 Februari 2015

Salam Semua,
Salam Hatiku,
Dah sebulan rupanya kita didalam tahun 2015. Sekejap je rasanya masa berlalu kan? Permulaan tahun baru yang tidak ceria buat CB dan family, hospital adalah rumah kedua buat CB. Orang tersayang CB tidak sihat dan ini adalah ujian dan dugaan yang diberikan oleh Allah buat CB. "Tuhan takkan menguji kita jika kita tak mampu menghadapinya. dan Tuhan menguji kita kerana Dia sayangkan kita sebab Dia tidak mahu kita leka dan lalai dengan suruhanNya" ini adalah kata - kata seorang teman yang CB akan ingat sampai bila- bila.
Semua orang melihat CB ceria macam tiada masalah langsung tapi ketahuilah itulah cabaran buat CB depan anak - anak dan teman-teman lain. Insan kesayangan CB menghidapi penyakit buah pinggang tahap critical. Kedua-dua buah pinggangnya tidak berfungsi dan juga dia semakin lemah sekarang. Sebab tu CB tidak boleh keluar agak lama dan tidak boleh tinggalkan rumah walau sehari. Depan anak-anak CB kena berpura - pura kuat sebab tidak mahu pelajaran dan emosi mereka terganggu. Buat teman-teman yang selalu CB tolak ajakkan mereka CB mohon maaf.
CB sangat suka lihat fb seorang penulis ni...bagi CB dia sorang yang hebat dan bertuah. Banyak yang CB pelajari darinya. Banyak kata-kata semangat yang CB ambil darinya. CB juga bercita-cita ingin jadi sepertinya satu hari nanti jika diizinkan Allah. Cukup anda kenal dia sebagai Kak Su, Thanks Kak Su......
P/S - Eche..eche..eche...mood sedihlah pulak kan!!! hahahaha apalah CB ni kan...  Haaa lihat picture ni..CB suka tengok bulan dan bintang dimalam hari...tu adalah tabiat CB dan pastinya bila berduka CB suka melihat bulan dan bintang, tenang je rasanya tp selalu kena marah dengan insan-insan tersayang sampai dikatakan gila...hhehehehe guys mlm ni jom kita skodeng bulan dan bintang?
Tunjukkan sedikit
1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan