Salam Semua,
Salam Hatiku,
Kehilangan yang sangat dirasai....
Selepas mendapat berita TGNA ( Tuan Guru Nik Aziz) meninggal dunia jam 9.40 mlm 12/02/2015 bersamaan malam jumaat terasa sayu je rasa hati. Rasa sedih dan nak menangis je rasanya walaupun CB bukanlah seorang yang mudah menangis. Bagi CB almarhum merupakan seorang tokoh agama dan tokoh politik yang sangat dikagumi. Ramai yang bersedih diatas pemergian TGNA ini kerana TGNA merupakan seorang yang memimpin melalui tauladan dan seorang pejuang rakyat serta kehidupan beliau yang amat sederhana.
Upacara pengebumian almarhum dihadiri oleh ratusan ribu manusia yang ingin memberi penghormatan terkahir buat almarhum dan awan kelihatan mendung berarak bersama - sama mengiringi jenazah TGNA. (ini melalui kata2 teman CB disana)
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan hamba yang soleh. Kembali pada malam jumaat yang diberkati... CB memohon agar Allah yang Maha Agung Tuhan Arsy yang mulia agar mengampuni semua dosa dan memasukkan almarhum ke dalam syurga...Al - FATIHAH...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan