Khamis, 12 Februari 2015

AL - fatihah..

 
Perginya tiada kembali...pergi ke negeri yang abadi.


12/02/2015 (9:40pm)

Pergi menemui Sang Pencipta...

Salam Semua,
Salam Hatiku,


Kehilangan yang sangat dirasai....
Selepas mendapat berita TGNA ( Tuan Guru Nik Aziz) meninggal dunia jam 9.40 mlm 12/02/2015 bersamaan malam jumaat terasa sayu je rasa hati. Rasa sedih dan nak menangis je rasanya walaupun CB bukanlah seorang yang mudah menangis. Bagi CB almarhum merupakan seorang tokoh agama dan tokoh politik yang sangat dikagumi. Ramai yang bersedih diatas pemergian TGNA ini kerana TGNA merupakan seorang yang memimpin melalui tauladan dan seorang pejuang rakyat serta kehidupan beliau yang amat sederhana.
 Upacara pengebumian almarhum dihadiri oleh ratusan ribu manusia yang ingin memberi penghormatan terkahir buat almarhum dan awan kelihatan mendung berarak bersama - sama mengiringi jenazah TGNA. (ini melalui kata2 teman CB disana)
 Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan hamba yang soleh. Kembali pada malam jumaat yang diberkati... CB memohon agar Allah yang Maha Agung Tuhan Arsy yang mulia agar mengampuni semua dosa dan memasukkan almarhum ke dalam syurga...Al - FATIHAH...
 
Salam and hi guys....lama betul CB tak jenguk kat sini kan! Tak ada idea nak sambung cerpen Cik Kawasaki Ninja tu dan lately ni CB sibuk baca blog kengkawan yang rajin update cerita baru. CB juga sekarang ni dalam mood membaca novel dan novel yang paling dinantikan buat masa ni adalah novel HERO ( The Unsung Hero) dari penulis novel kesayangan CB iaitu Kak Melur Jelita (Kak MJ). Tak sabar rasanya nak peluk novel tu.....Duk hari - hari tunggu abg poslaju tapi tetap tak sampai juga novel tu.....Ok guysssssss...nanti kita sambung lagi ye...CB nak intai blog kembar CB kejap....daaaaaaaa
Tunjukkan sedikit
Salam Semua,
Salam Hatiku,
Dah sebulan rupanya kita didalam tahun 2015. Sekejap je rasanya masa berlalu kan? Permulaan tahun baru yang tidak ceria buat CB dan family, hospital adalah rumah kedua buat CB. Orang tersayang CB tidak sihat dan ini adalah ujian dan dugaan yang diberikan oleh Allah buat CB. "Tuhan takkan menguji kita jika kita tak mampu menghadapinya. dan Tuhan menguji kita kerana Dia sayangkan kita sebab Dia tidak mahu kita leka dan lalai dengan suruhanNya" ini adalah kata - kata seorang teman yang CB akan ingat sampai bila- bila.
Semua orang melihat CB ceria macam tiada masalah langsung tapi ketahuilah itulah cabaran buat CB depan anak - anak dan teman-teman lain. Insan kesayangan CB menghidapi penyakit buah pinggang tahap critical. Kedua-dua buah pinggangnya tidak berfungsi dan juga dia semakin lemah sekarang. Sebab tu CB tidak boleh keluar agak lama dan tidak boleh tinggalkan rumah walau sehari. Depan anak-anak CB kena berpura - pura kuat sebab tidak mahu pelajaran dan emosi mereka terganggu. Buat teman-teman yang selalu CB tolak ajakkan mereka CB mohon maaf.
CB sangat suka lihat fb seorang penulis ni...bagi CB dia sorang yang hebat dan bertuah. Banyak yang CB pelajari darinya. Banyak kata-kata semangat yang CB ambil darinya. CB juga bercita-cita ingin jadi sepertinya satu hari nanti jika diizinkan Allah. Cukup anda kenal dia sebagai Kak Su, Thanks Kak Su......
P/S - Eche..eche..eche...mood sedihlah pulak kan!!! hahahaha apalah CB ni kan...  Haaa lihat picture ni..CB suka tengok bulan dan bintang dimalam hari...tu adalah tabiat CB dan pastinya bila berduka CB suka melihat bulan dan bintang, tenang je rasanya tp selalu kena marah dengan insan-insan tersayang sampai dikatakan gila...hhehehehe guys mlm ni jom kita skodeng bulan dan bintang?
Tunjukkan sedikit
1